Rakan Taulan

IKLAN TIME


<

Wednesday, July 14, 2010

Koleksi Cerita Lawak...Lawak Ker? Jom baca...

NENEK TUA

Seorang nenek berusia 65 tahun melahirkan seorang anak. Rakan- rakannya datang berkunjung untuk menjenguknya. Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut, nenek itu berkata “Nanti dulu”. Beberapa minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi. Tetapi nenek itu tetap berkata “Nanti dulu”. Akhirnya mereka bertanya : “Bila kami boleh melihat bayi engkau..?” “Bila dia menangis”. “Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis?” “Sebabnya aku lupa.. dimana aku letak bayiku tadi..”

LAWAK BUDI BAHASA LRT

Seorang gadis cantik menaiki LRT yang sangat penuh sesak. Gadis itu berdiri betul betul didepan seorang pemuda. Seketika kemudian pemuda itu bangun, namun belum sempat pemuda itu berkata apa apa, gadis cantik itu menolak pemuda itu dengan lembut ke tempat duduknya sambil berkata, “Terima kasih, saya lebih suka berdiri”. Pemuda itu tercengang dengan penuh kehairanan. Dia sedikit jengkil kerana ditolak oleh gadis itu walaupun secara lembut. Pemuda itu pun berdiri semula tetapi sekali lagi gadis cantik itu menolaknya duduk semula dan berkata dengan sedikit kuat hingga didengari oleh lain lain penumpang, “Tak apa, tak payah susah susah, saya lebih suka berdiri.” Tanpa putus asa pemuda itu berdiri lagi untuk kali yang ketiga sambil menjerit, “Woii cik kak !! Saya nak turun laaaaa!!! Saya dah terlepas perhentian saya tau !!? Apa punya perasan lah dia ni?!!!


Sunday, March 7, 2010

I'M SORRYYYY.....

Assalamualikum kengkawan sumer...dah lama xmenulis kat blog nih. Dah berabuk...bersawang dah, bosan menengoknyer kan.....aku nak mintak maaf ngan korang sumer.Aku bukan xnak update blog ni tapi keadaan xmengijinkan...tengok la bila aku dah free2 nanti aku start balik okeh! Sorry yek...gindu sesangat...papehal nanti kite jumpa...salam gindu n salam kemaafan utk korang sumer...semoga kita berjumpa lagi.....hope semangat aku xpadam he2...daaa....
Kepada yang bertandang ke blog aku ni timer kasih ler bebanyak n untuk menghormati tetamu yang datang aku hidangkan secawan teh untuk korang...jemput la minum yek...jangan malu2.Layan diri tuan umah xde.....(gambar diambil dari blog saper entah aku pun dah lupa...anyway thanks)